Assalamualaikum
Hello muslimin dan muslimah.
Memandangkan aku masih cuti dan aku masih berseorangan dalam bilik, aku nak buat la satu post yang insyaAllah boleh tambah saham pahala aku. As far as I know la, sebenar nya ramai yang ingat-ingat lupa maksud Al-Fatihah ni. Betul tak? Mungkin bukan korang, tapi kawan-kawan korang ke. So korang boleh la tunjuk pandai ajar orang lain.
Okay, cara aku senang bagi aku tapi tak tahu kalau korang ada cara lagi senang, boleh la share kalau ada.
____________________________________________________
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah , the Entirely Merciful, the Especially Merciful.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang ni mesti korang dah hafal kan. Bagus.
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
[All] praise is [due] to Allah , Lord of the worlds -
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mentadbirkan seluruh alam.
Maksud Alhamdulillah pun mesti korang dah tau kan. Bagus.
Tambahan nya yang mentadbir sekalian alam. Kan dalam ayat pertama tu ada “Rabbil
Alamin”. So ingat la alam. Settle
الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
The Entirely Merciful, the Especially Merciful,
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Sama macam basmalah kat atas tadi kan. Boleh kan. Bagus.
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Sovereign of the Day of Recompense.
Yang Menguasai hari Pembalasan (hari Akhirat).
Kata kunci nya Malik.
So ingat Malik, ingat malaikat Malik, ingat neraka, ingat hari
pembalasan. Done.
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
It is You we worship and You we ask for help.
Pada Engkau-lah kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Kalau yang ni bila korang baca ada dua kali “Iyya-ka”. So means ingat maksud yang
ada ulang 2 kali ayat nya – (kepada Engkau-lah). Aku ingat macam tu je.
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
Guide us to the straight path -
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Takkan la korang tak pernah dengan Siratol Mustaqim = Jalan yang lurus. So tahu la maksud nya.
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
The path of those upon whom You have bestowed favor, not of those who have evoked [Your] anger or of those who are astray.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Okay yang ni kena pulun sikit.
Mula-mula ingat Sirat
= jalan dan An’amta = nikmat. Lepas
tu kalau dah mula-mula nak jalan orang
yang diberi nikmat. Then hafal je la tak nak jalan orang dimurkai dan sesat.
yang diberi nikmat. Then hafal je la tak nak jalan orang dimurkai dan sesat.
p/s : Yang mana warna oren tu adalah kata kunci yang sekurang-kurang nya korang pakai untuk menghafal.
___________________________________
Baiklah, korang dah tahu cara aku hafal. Waktu aku hafal ni aku nak cepat so aku taram la cara ni, berkesan lak, Alhamdulillah la. Mungkin ada yang cakap aku tiru cara korang, aku akan cakap kebetulan, sebab ni memang 100% aku terfikir sendiri, aku tahu memang pelik kan. Pelik la baru senang nak hafal, kalau benda yang sama je tak bosan ke. Mungkin jugak korang dah complain dan komen-komen dengan cara aku hafal. Aku kisah apa, janji aku hafal, kau hafal?
Bagi aku sepatutnya semua orang Islam dah lama hafal maksud Al-Fatihah ni sebab nya dalam setiap solat tak kira la wwajib ke sunat memang wajib ada bacaan Al-Fatihah kan. So, with this way of learning, bila korang dah hafal maksud Al-Fatihah. InsyaAllah korang akan lebih khusyuk sebab korang faham maksud nya, bukan nya baca macam tu je. Okay? Ada faham. Kalau faham cepat pergi hafal !
Tq dah hafal
ReplyDeleteno problem :)
ReplyDeletetq semoga Allah bg kelapangan kpd mu
ReplyDeleteaamiin...senang cara ni.
Alhamdulillah bro
ReplyDeleteKlau ada lg bole lah buat surah2 yg pendek......banyak pahala bro dpt
Wa pun folo apa yg bro tuliskan
Tksh bro
TT, yg Bismillahirrahmanirrahim.... DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH, MAHA PENYAYANG
ReplyDelete