Hello followers and stalkers.
Lately aku terfikir, mostly orang akan search tips-tips untuk nak hangat kan percintaan. Some couple maybe bukan nak tu tapi sebalik nya, nak cari cara macam mana nak clash. Putus secara halus. Jahat gila aku.
So, for those yang trying to get rid of your partner boleh la try this tips. HAHA.
BUT. But, sebalik nya for those yang nak korang punya relationship kekal lama, simply elak kan daripada buat this things. Simple.
Cara 1 : Terlalu Cemburu
Cemburu boleh cemburu kerana cemburu itu tandanya sayang, kan? Tetapi cemburu sikit-sikit sudah lah. Tak perlu lah sampai baling handphone, mengamuk, terjerit-jerit, hantuk kepala ke dinding macam orang hilang akal. Sehingga bergaduh dan naik tangan. Nonsense. Cemburu macam tu memang cara untuk HILANG CINTA.
Cara 2 : Terlalu Suka Menegur
Cara 2 : Terlalu Suka Menegur
Menegur untuk kebaikan, untuk mendidik, bagus dan sangat digalakkan. Tapi kalau asyik nak tegur all the time, semua yang dilakukan tak betul dan tak kena, ada je salahnya, even yang remeh.Confirm akan membuatkan pasangan korang teramat bosan dan annoying! Sesetengah orang punya sifat seperti, “Ini tak boleh ni, aku kena tegur, biarlah kalau dia benci pun…” Kalau dia benci, sia-sia je la korang mengurat dulu. Sometimes kita tak perlu tegur dan kena biarkan, supaya dia belajar dari pengalaman. Tapi kena la tegur kalau pasangan korang memang dahsyat punya salah kan.
Cara 3 : Tidak Berdikari
Cara 3 : Tidak Berdikari
Maybe pada awal perhubungan, pasangan korang tak kisah dan sanggup membantu anda dalam kehidupan seharian, support anda. Kira manja la tu, semua benda nak tanggung sama-sama. Tetapi, kalau dah lama bersama and korang still bergantung harap kepadanya dan tidak boleh berdikari, korang akan dianggap bebanan. Lama-kelamaan dia akan bosan, kena pulak datang seseorang yang very independent, habislah you. I tak tanggung.
Cara 4 : Tidak ada PROGRESS
Dalam life, kita kena ada kemajuan atau progress. Ada pasangan yang cakap “Susah senang kita bersama hingga ke akhirnya”. Ya la tu, boleh pakai ke! Kalau dah bertahun-tahun masih ditakuk lama, nak kahwin tak ada budget, nak berdating or tengok movie pun pasangan yang support. Menghabiskan duit orang je. Sampai bila nak susah bersama? Perangai sebegini, memang akan hilang cinta. Please jangan jadi pisau cukur. Berusaha bersungguh-sungguh untuk kejayaan masa depan korang. At least setiap tahun ada kemajuan walaupun sedikit itu sudah memadai untuk menunjukkan anda berusaha. Try the best untuk dapat kan hari seterusnya yang lebih baik dari hari yang lepas.
Cara 5 : Terlalu mengongkong
Cara 5 : Terlalu mengongkong
Binatang pun mengamuk apabila ia disekat dan dikurung. Apatah lagi manusia! Kalau korang really-really cinta sayang pasangan korang, tak perlu nak control dia dari melakukan apa yang dia nak buat. Free kan dia, dia akan sayang kita lebih. Kalau dia adalah kekasih sejati InsyaAllah dia akan terus setia pada anda walau dimana pun dia berada. Kalau dia buat hal, jangan la bersedih. Alhamdulillah, anda terlepas dari seorang manusia yang hanya akan menghancurkan masa depan anda saja.
Cara 6 : Tidak bijak membuat keputusan
Setiap kali ditanya, “Nak makan apa? Nak buat apa? Nak pergi mana?” Jawapan korang berulang kali hanyalah“TAK TAHU?!” – Perangai macam ni juga akan membuatkan korang selangkah menuju kepada kehilangan cinta. Ini sebab korang mempamerkan diri yang tidak bijak membuat keputusan dan tidak tahu apa yang anda mahu dalam hidup. Tak ada life, tak ada hala tuju, macam tiada pendirian hidup. Come on, show your partner you are better than anyone else, tunjukkan pada dia you are worth it.
Cara 7 : Terlalu mengikut kata PARENTS
This is actually sensitive issue kan. Some parents nak anak dia ikut cara dia saja, macam dia sahaja yang betul. Some bagi freedom. To me, balance it , agar semua pihak happy. Memang betul bercinta ni kena ada restu dari parents, but cuba la faham kan diorang. But, if diorang dah faham situasi kita, and then they told us this is not good, ikut lah. Sebab mereka dah lebih banyak makan garam lagi dari kita budak mentah ni.
Cara 8 : Effort hanya sebelah pihak
Okay, this matter adalah untuk both of you! Jika hanya sebelah pihak saja yang berusaha, yang buat itu dan ini, sebelah lagi tunggu kena suap je, CINTA AKAN HILANG bila-bila masa sahaja la kawan. Jika masih bersama pun, sebenarnya sudah TIADA CINTA lagi. Cinta PERLU bersama, berdua. Kalau pentingkan diri sendiri, lebih baik bujang tua je. Cara ni memang cara untuk HILANG CINTA tidak lama lagi.
Okay, how about that. Simply for those yang nak clash silakan buat, for those yang nak kekal lama silakan elak daripada buat this ridiculous things.