Faiz Perspective

WHENEVER WE FAILS TO DO SOMETHING,THOUGHT, THAT IF SUCCESS IS 100 STEPS AWAY FROM US.
THEN WE SHOULD BE HAPPY THAT NOW WE HAVE TO TAKE ONLY 99 STEPS MORE.

Wednesday, August 10, 2011

Tarawikh : 20 Rakaat VS 8 Rakaat

Assalamualaikum.

Apa khabar muslimin dan mukminin serta muslimat.

Sedar tak sedar hari ni 9 Ogos, dah 9 hari kita berpuasa di bulan mulia ni. Sepatut nya kita dah boleh menilai segala amalan kita sepanjang 9 hari ni, sama ada lebih baik dari Ramadhan sebelum ni atau pun tidak.


This time aku nak berbicara tentang topik yang aku terfikir nak share. Tentang amalan sunat yang hanya ada di bulan Ramadhan sahaja. Solat sunat tarawikh.
Ada yang buat 20 rakaat dan ramai yang buat 8 rakaat. Bukan nya bermakna tak boleh solat 8 rakaat, at least lebih baik dari tak solat langsung kan. Sebab tu kita jangan nak pertikaikan ibadah orang lain. Cukup lah kita yang iman lemah ni jaga diri kita sendiri. Muhasabah diri kita sahaja dah mencukupi kan.


"Rasulullah dulu pun buat 8 rakaat kan"

Okay, memang Rasulullah pernah solat lapan rakaat. Tapi pernah tak kita nilai solat tarawikh nya bagaimana. Solat Rasulullah hingga bengkak-bengkak kaki nya. Lagi satu dalam lapan rakaat baginda boleh habis 30 juzuk. Kita ni di zaman moden ni pun dalam air-cond, bersejadah tebal sampai sesak nafas sujud, 20 rakaat pon tak confirm boleh habis 1 juzuk kan. HEHE. Termasuklah aku.

Tetapi ! Kalau tarawikh 8 rakaat berserta dengan kuliah adalah lebih afdhal kerana korang pun tahu kan yang amalan sunat dalam bulan selain Ramadhan, bila tiba bulan Ramadhan amalan sunat tu akan dapat ganjaran amalan wajib. So, lebih afdhal la kan daripada tarawikh 20 rakaat yang hanya dapat ganjaran sunat. Tapi kalau tak ada kuliah dan ada kesempatan untuk buat 20 rakaat, teruskan lah. Jangan lah sia-sia kan waktu yang ada di mana syaitan dibelenggu. Jangan lah kita sendiri yang jadi syaitan bertopeng kan manusia.


Formula 3 M

M pertama
Mulakan sedikit demi sedikit.
Semua benda kalau kita nak buat lebih baik sikit-sikit sebab nya dalam hadis ada menyata kan amalan yang sedikit tapi berterusan lebih baik daripada amalan yang besar tetapi hanya sementara. Tetapi walaupun amalan yang sedikit, dapat menjaga iman kita setiap hari. Kalau amalan tak berterusan? ...
Walaupun mulakan sikit-sikit, tapi semakin hari kita cuba lah menggandakan amalan tu sedikit demi sedikit.

M kedua
Mulakan dengan diri sendiri.
Macam yang aku cakap sebelum ni, kita ni iman masih lemah. Seelok nya kita tarbiah diri kita sendiri sahaja. Lagi-lagi dalm bulan tarbiah ni kan. Kita tak mampu nak tarbiah orang lain, kita tarbiah lah diri kita sendiri, dakwah diri kita. Mudah kan, tak perlu nak yakin kan orang. Kita cuma perlu muhasabah diri je.

M ketiga
Mulakan hari ini.
Haa, ini la perlu ada pada semua. Apa pun yang kita dapat ilmu, kita mulakan hari ni, mulakan sekarang. Sebab nya mungkin nyawa kita tak sempat sampai di saat kita nak buat sesuatu amalan tu. Satu lagi iman manusia kan naik turun, so buatlah keputusan di saat iman kita masih tinggi.

Jazakallah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...