Faiz Perspective

WHENEVER WE FAILS TO DO SOMETHING,THOUGHT, THAT IF SUCCESS IS 100 STEPS AWAY FROM US.
THEN WE SHOULD BE HAPPY THAT NOW WE HAVE TO TAKE ONLY 99 STEPS MORE.

Saturday, August 6, 2011

Apa Yang Hampa Cari Dalam Bulan Ramadhan

Assalamualaikum.


Hello readers and followers.

Memandangkan yang aku rasa ada juga la yang menanti aku punya post baru, so demi peminat-peminat aku yang tak berapa ramai ni aku pon buat la jugak. Bukan terpaksa okay, sukarela. Tak tipu.

Back to the topic, okay. Actually kan apa yang hampa cari dalam bulan mulia ni, bulan Ramadhan. Adakah sebab roti john yang hanya ada dekat bazaar Ramadhan Puchong, sebab dapat kuih-muih free dekat surau masa berbuka, moreh mantap dekat masjid, atau pun segala nikmat dan berkat dalam bulan ni.


Dalam bulan Ramadhan ada banyak kelebihan dan fadhilat nya tersendiri, contoh nya segala amalan sunat dapat ganjaran fardhu, apakan pula amalan fardhu kan, berlipat-lipat la kegandaan pahala nya kan.
Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda.
So hampa dalam bulan puasa ni jangan la nak malas-malas okay. Bayang kan, even kalau tidur pun satu ibadat kan. Apa lagi kalau berjaga dan berbuat amal kebaikan.
Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)


Selain itu jugak, kita sepatutnya bersyukur tau sebab nya kita lahir dalam umat Nabi Muhammad SAW. Sedang kan nabi terdahulu pun ada yang minta agar dapat jadi umat nabi kita. Banyak kelebihan nya, and antara kelebihan nya ada dalam bulan mulia ni.
Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
  • Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
  • Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
  • Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
  • Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
  • Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
See, mulut bau stokin sekali pun kalau ikhlas puasa kerana Allah semata-mata, lebih harum dari kasturi di sisi Allah. Sebenar nya memang bayak kelebihan dan manfaat di bulan puasa ni. Baru-baru ni dekat surau, imam cakap kalau seboleh-boleh nya setiap kali masuk dalam surau or masjid jangan la tak pernah nak sedeqah. Banyak kelebihan nya what. Tak percaya apa yang aku cakap, lihat bawah.
"Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
"Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith) 


And lastly, last but not least malam yang sangat dinantikan dalam bulan Ramadhan ni. Malam ni lebih baik daripada seribu bulan. Cuba hampa bayangkan solat sunat dapat satu pahala (contoh semata-mata) solat dalam bulan puasa amalan sunat dapat ganjaran fardhu, dapat pulak malam seribu bulan ni. Berapa puluh ribu kali ganda yang dah dilipat-lipat kali ganda-gandakan. Tapi malam ni adalah rahsia, kita kena cari sendiri malam ni, dan ramai yang kata malam ni pada 10 malam terakhir Ramadhan. Ini lah malam Lailatul Qadar.

Somebody is leaving just for you muslims, take this chance.

For those yang tak puasa tu (perempuan), tak kisah la tapi jangan makan depan lelaki okay. Tergugat iman kami. And satu lagi jaga lah aurat masing-masing ye. Dan cari la fadhilat Ramadhan okay, bukan roti john Puchong.

Source

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...