Faiz Perspective

WHENEVER WE FAILS TO DO SOMETHING,THOUGHT, THAT IF SUCCESS IS 100 STEPS AWAY FROM US.
THEN WE SHOULD BE HAPPY THAT NOW WE HAVE TO TAKE ONLY 99 STEPS MORE.

Saturday, June 4, 2011

Makanan Melayu Memang Pelik

Assalamualaikum



Hello handsome boys and fat girls.

Majoriti orang melayu la yang akan baca entri ni, sebab aku tahu orang melayu sangat prihatin terhadap bangsa nya. Aku orang melayu ye.

Kalau dilihat memang kebanyakkan makanan melayu memang sangat pelik. Bukan nya pelik apa tapi nama nya sahaja yang agak pelik kalau difikirkan. Mostly makanan orang lama nama nya agak pelik. (nama orang pun ada je yang pelik) However rasa makanan tersebut tak lah sepelik nama nya, tapi memang sedap-sedap. Orang lama memang pandai memasak, termasuk mak aku. Bukan nak bangga.

Aku nak cerita pasal kuih-kuih yang nama nya pelik sahaja ni.
Okey, lets begin.

1. Kuih Ocong-ocong


Atau juga dikenali sebagai Yongkong merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia. Kuih Ocong-ocong diperbuat dari tepung pulut, dibentuk seperti bebola dengan inti di dalamnya dan dimasak bersama kuah santan pekat yang memberikannya rasa lemak manis.
Dengar nama pun pelik, tapi the truth aku pun tak penah rasa, so aku tak boleh nak explain rasa nya macam mana. Maybe korang pernah.


2. Kuih Serabai



Kuih serabai merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia. Kuih serabai diperbuat dari tepung beras, dimasak nipis (macam lempeng) dan dimakan bersama kuah sirap gula melaka + santan. Kuih ni jarang dijual di gerai kuih kecuali bulan Ramadan. Ia popular di negeri Kedah, Melaka dan Sabah.
Nama je serabai, nampak kemas je.

3. Kuih Batang Buruk

Kuih batang buruk merupakan sejenis kuih tradisi yang popular di Malaysia. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum dicampur dengan tepung beras dan tepung kelapa yang diuli buat menjadi doh dan dibentuk membentuk silinder bulat berongga, dan disi dengan serbuk kacang hijau yang di goreng.
Tak nampak ada batang pun, and langsung tak nampak buruk.

4. Kuih Goyang


Kuih goyang atau juga dikenali sebagai kuih ros atau loyang merupakan sejenis kuih yang diperbuat dari tepung beras yang di goreng dalamminyak masak.Ia dinamakan kuih goyang kerana selepas acuannya dicelup dalam adunan tepung cair, ia dicelup ke dalam minyak yang panas dan digoyang-goyangkan agar tanggal.
Err...

5. Kuih Isabella




Kuih Isabella merupakan sejenis kuih yang mula popular semasa penayangan filem Isabella. Namanya diambil dari filem tersebut.
Kenapa tak ada kuih Nur Kasih.

6. Kuih Jemput-jemput

Kuih jemput-jemput atau juga dikenali sebagai cucur, pada asasnya adalah merupakan gandum yang digoreng dalam minyak. Jemput-jemput atau cucur ini diberikan nama mengikut jenis bahan perisa tambahan. Ia dikenali sebagai jemput-jemput kerana saiz kuihnya yang bersaiz sejemput tangan ketika diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng.
Sesuai bagi event untuk menjemput sesiapa.

7. Kuih Butir Nangka


Kuih Butir Nangka merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan beras pulut, santan dan gula melaka. Secara tradisional, daun pandan dikisar bagi menghasilkan pewarna hijau, tetapi masa kini terdapat kuih butir nangka yang dicampur pewarna merah dan lain-lain.
Tak ada langsung kaitan dengan nangka, mungkin la ada bentuk sikit.

8. Kuih Tahi Itik

Kuih tahi itik merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik, menurut cita rasa pembuatnya.
Bila dengar nama tak ada selera nak makan.

9. Kuih Nagasari


Kuih Nagasari merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu.Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan ubi kayu yang diparut dan dicampur dengan pisang nangka. Kuih Nagasari ini kemudiannya dimasak dengan cara dikukus.

Mana entah dapat nama Nagasari tu. Naga + Sari kot.

10. Kuih Cek Mek Molek


Kuih Cek mek molek digelar sedemikian kerana bentuknya yang bujur dan licin - molek.
Tak tahu la ada kaitan tak dengan Datuk M.Daud Kilau.


Okey lah, thats all at the moment. Sebenar nya ada lagi bermacam-macam jenis nama kuih tradisional melayu yang pelik-pelik. Even nama nya yang pelik-pelik pon dekat Malaysia ramai yang obesiti sebab terlebih makan.Makan makanan barat siapa suruh.For those yang rasa kuih-kuih ni menarik kecuali kuih tahi itik, boleh la suruh mak korang masakkan ye.


Sumber dari sini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...