Faiz Perspective

WHENEVER WE FAILS TO DO SOMETHING,THOUGHT, THAT IF SUCCESS IS 100 STEPS AWAY FROM US.
THEN WE SHOULD BE HAPPY THAT NOW WE HAVE TO TAKE ONLY 99 STEPS MORE.

Friday, June 3, 2011

Bercerai Kerana Dota. Ish !

Assalamualaikum



Hello gamers and readers.

Kelmarin, 1 Jun aku ada terbaca dalam akhbar metro pasal perkara ni, and secara tak langsung aku terus teringat kawan-kawan aku masa dekat matrik dulu. Pada awal nya aku biar kan sahaja, tapi recently aku ternampak kawan-kawan aku yang dulu masa kat matrik berhempas pulas nak main Dota still post kan gambar-gambar hero diorang. So, aku cuma nak jadi kawan yang baik. Macam biasa.

LONDON: Semakin banyak rumah tangga berantakan gara-gara ketagihan bermain video, kata agensi pengurusan perceraian Internet, Divorce Online, semalam. Kajian menunjukkan, bilangan wanita memfailkan perceraian dengan alasan suami mereka menghabiskan masa terlalu lama bermain video terus meningkat.

Daripada keseluruhan wanita yang menyatakan suami masing-masing berperangai tidak wajar, 15 peratus percaya pasangan mereka lebih mementingkan permainan video daripada isteri. Jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding lima peratus tahun lalu. Secara khusus, wanita menyalahkan permainan World of Warcraft yang membenarkan pemain mencipta watak fantasi sendiri bagi menjalani pengembaraan di dalamnya.
 
Seorang daripada wanita terbabit mendakwa, suaminya bermain World of Warcraft sehingga masa lapan jam sehari. “Apabila semakin serius, saya cuba menasihatinya tetapi gagal. “Dia hanya menyedari perbuatannya membawa mudarat apabila saya mahu bercerai daripadanya,” katanya.
*Di bold kan bagi yang malas.
Petikan dari sini.

Just think of it, nonsense kan. But this is the truth. 

Masa dekat matrik dulu, Dota ditafsirkan sebagai Dunia Orang Tanpa Awek ! Instead of Defence of The Ancient. Agak logik juga kalau difikirkan, yela kalau tengok orang yang main game ni mostly yang ada awek kena tunggu masa betul-betul free baru boleh main. Kalau tidak, ada la yang merajuk nanti. Even so, aku perasan awek diorang still post status diorang macam "best sangat ke dota tuh" or "ade balak tapi tak hidup" and many more la. Malah ada yang gaduh sampai clash disebabkan Dota. Tak - tak, aku tak jaga tepi kain orang. Normal la kan, kahwin boleh cerai, apatah lagi couple.



Kebanyakkan mereka-mereka yang main game ni boleh bergaduh dengan partner mereka kerana game ni terlalu addictive.(Yang aku dengar cerita la, sebab aku pon tak main) Mereka sanggup luangkan masa berjam-jam main game ni. Aku sangat percaya sebab budak bilik aku dulu pon macam tu, sampai buat LAN main sampai 10 orang. Habis sesak bilik aku. Tak nak la nanti keluar surat khabar yang penceraian di Malaysia pula yang meningkat disebabkan permainan video yang semakin fofular ni. Korang tak apa la boleh kahwi lain, buang yang keruh ambil yang jernih, konon nya. Kesian la dekat anak bini terabai macam tu. Tak kesian ea.


For girls out there i am not interested in this game. Lucky me and my future wife. Tak sabar nak kahwin.

Bukan nya aku suruh mereka-mereka yang main game berhenti terus. Aku seorang yang memahami okey, kalau dah minat tak boleh nak halang. Take your own risk. And then, bukan nya aku nak marah siapa yang cipta game ni, maybe penciptanya pun tak main. Korang-korang yang sibuk sangat main.

Tapi just think about it, mana lagi korang hargai, game yang senang je nak dapat dengan isteri/girlfriend korang yang susah-susah korang tackle.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...