Faiz Perspective

WHENEVER WE FAILS TO DO SOMETHING,THOUGHT, THAT IF SUCCESS IS 100 STEPS AWAY FROM US.
THEN WE SHOULD BE HAPPY THAT NOW WE HAVE TO TAKE ONLY 99 STEPS MORE.

Thursday, June 16, 2011

Aku Masuk 3 Universiti. Jangan Jeles.

Assalamualaikum.
Hello handsome boys and lonely girls.

Hari ini 16 Jun, aku dapat masuk 3 universiti. Yup, jangan jeles taw, dah rezeki aku nak buat macam mana. Tapi mesti pelik kenapa sampai tiga. Actually aku hari ni ikut ayah aku pergi kerja, hantar tender, beli tender,macam macam la. Tu la pasal pergi sampai 3 universiti, which is Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia and Universiti Tenaga Nasional. Aku just nak ambil experience dalam kerja macam ni, lagi pun aku ni memang dah kos civil kan, memang kowtim la.

Aku masuk dalam universiti ni tengok student tengah tunggu bas, jalan kaki pergi kuliah, seronok pulak, tak sabar nak sambung belajar, aku memang suka belajar. Selain tu dapat la jugak aku tengok suasana universiti ni. Tengok macam mana sedikit sebanyak cara insan yang bergelar siswa dan siswazah ni. Tadi aku cair tengok ada kakak ni pakai tudung labuh. Wah ! lalala~ Apa, ingat aku suka ke awek yang pakai ketat-ketat nampak sana sini tu, eww !


Yang aku nak cerita nya, bila aku borak dengan ayah aku, mostly nya dalam kereta la, banyak benda benda baru yang aku dapat. Yang sebelum ni tak terfikir pun, sebab memang malas nak fikir kan. Daa~ Sebab nya, pengalaman kerja dengan belajar ni sangat berlainan. Macam teori dengan praktikal la. Tengok tulisan dalam buku tu panjang panjang dengan pergi sendiri site, turun padang buat kerja. Lain sama sekali.



Kalau korang nak tahu, hari ni sebenar nya dah hari ketiga aku kerja dengan ayah aku, nak cakap kerja pun kira tolong tu pon ada la jugak, anak yang soleh, ni perkara biasa la. Sementara aku belum nak masuk universiti kan, nak tambah la experience and knowledge dulu. Aku semalam dan kelmarin pergi site visit, lawatan tapak. Tengok kerja kerja yang perlu dibuat mengikut spesifikasi dalam tender(sebut harga).

Yang bengang nya, aku seorang je yang muda kan, so, kontraktor yang lain dah tua tua, pandang aku rendah je. Haih, hati aku cakap nanti ada jugak yang makan kaki ni. Ye la, pandang macam tak puas hati je. Aku pun cerita la pasal ni kat member aku seorang ni. Dia suruh think positive, mesti pak cik tua kerepot tu tak puas hati sebab jeles dengan aku, muda muda dah pergi site visit tengok kerja, dapat knowledge. Kan senang, puas hati aku. HAHA !

Apa-apa pun kalau ada masa ni cari la pengalaman kerja, even kerja McDonald ke KFC ke. Siapa cakap tak bagus. At least kita belajar time management kan, jangan datang lewat kerja, teamwork, jujur, amanah and etc. Jangan la fikir pasal duit je, anggap la tu sebagai bonus.



So, bagi siapa yang ada kelapangan cari la kerja. Kalau mak bagi la. Jangan kerja nak menghabiskan beras dekat rumah je.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...