Faiz Perspective

WHENEVER WE FAILS TO DO SOMETHING,THOUGHT, THAT IF SUCCESS IS 100 STEPS AWAY FROM US.
THEN WE SHOULD BE HAPPY THAT NOW WE HAVE TO TAKE ONLY 99 STEPS MORE.

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa : Surat Buat Abah Tersayang

Assalamualaikum

Surat Buat Abah

Abah,
Walaupun Abah pernah pukul faiz, marah faiz,
Faiz sedar, sebenarnya Abah sayangkan faiz,
Abah sayangkan faiz, abah tak nak faiz buat salah dalam hidup,
Abah nak tengok faiz berjaya dunia dan akhirat,
Abah marah pun sebab faiz ada buat salah, tak pernah abah marah tanpa sebab.

Untuk pengetahuan abah,
Sebenarnya faiz pun sayangkan abah, 
Sebenarnya susah jugak faiz nak luahkan kasih sayang faiz pada abah,
Macam lidah ni kelu nak cakap faiz sayang abah sangat-sangat,
Faiz cuma mampu buat apa yang abah nak,
Bagi apa yang abah perlukan,
Bagi kejayaan faiz pada abah,
That is the least i can do for you, abah,
Memang tak dapat nak bandingkan jasa abah pada faiz.

Jauh di lubuk hati faiz tak pernah salahkan abah,
Setiap kali abah marah, abah tengking,
Mesti faiz mengamuk, tak puas hati, cakap abah jahat,
Walaupun macam tu, abah tetap sayangkan faiz.
Abah ada dekat dengan faiz bila faiz perlukan abah,
Faiz tak dapat bayang kan kalau abah tak ada dalam kamus hidup faiz,
Hidup ni lebih bererti dengan kehadiran abah.



Faiz sayang abah sangat-sangat. Love you so much. Maafkan la segala salah dan silap, segala dosa faiz pada abah. Satu hari nanti faiz akan bagi kejayaan faiz pada abah. Faiz nak kongsi kejayaan faiz dengan abah, sebab tanpa abah, faiz sendiri takkan mampu berada di mana berada sekarang ni abah. Abah dah banyak buat hidup faiz jadi lebih bererti, dari dulu lagi, dan faiz nak hidup faiz lebih bererti lagi, selagi abah masih ada dengan faiz. Sayang abah sangat-sangat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...