Faiz Perspective

WHENEVER WE FAILS TO DO SOMETHING,THOUGHT, THAT IF SUCCESS IS 100 STEPS AWAY FROM US.
THEN WE SHOULD BE HAPPY THAT NOW WE HAVE TO TAKE ONLY 99 STEPS MORE.

Sunday, June 5, 2011

Blog Adinda Evans Akhirnya Ke Akhbar

Assalamualaikum


Hello reader and bloggers.

Berikutan blog Adinda Evans yang mengeluarkan statement berani matinya, sekarang satu Malaysia dah tahu. Kalau-kalau ada yang belum tahu adik kita ni baru umurnya 14 tahun, tapi dia menyatakan dalam blog nya yang dia sudah tiada dara dan tak peduli dengan apa tanggapan orang padanya. Namun, perkara ni dah jadi terlalu menonjol dalam masyarakat kita sehingga menjadi agak serius, sampaikan ada yang buat fan page kat Facebook nak kutuk dia. Dengan quote "dont hate me coz i'm beautiful" , she still ignoring it. Tapi lately she become so famous sampai masuk surat khabar. Kabo nya dah dibuang entri tu.


KUALA LUMPUR: Pengakuan ‘berani mati’ seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang berbangga kehilangan dara di blog miliknya menyebabkan dia dikecam hebat pengguna Internet sejak beberapa hari lalu.
Remaja itu dipercayai memaparkan pengakuan beraninya di blog pada Disember 2010, namun baru-baru ini secara tiba-tiba popular apabila tulisannya diulas beberapa blog lain selain laman sosial facebook dan twitter. 
Menerusi tulisan blognya, remaja itu mendedahkan dia pernah melakukan hubungan seks dan pengakuannya itu adalah satu kejujuran. Malah, dia juga tidak kisah dengan tanggapan orang lain.

Malah akaun khusus facebook turut dibuka pihak tertentu untuk memberi maklum balas, sebahagian besar mengecamnya, namun ada juga memihak kepada remaja itu.
Pada mulanya, remaja Melayu yang mendakwa tinggal di Puchong berani membalas kecaman yang dilemparkan kepadanya dan bersikap tidak mempedulikan ratusan komen negatif pembaca. 
Bagaimanapun, dia akhirnya memadam pengakuan beraninya itu kelmarin, mungkin akibat tertekan. Harian Metro cuba menghubungi remaja itu menggunakan facebook dan twitter, tetapi gagal. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Dia tinggal kat Kinrara, Puchong. Wah ! Dah dekat sangat dengan rumah aku, bukan bermaksud aku nak pergi rumah dia okey. Aku baik, not interested pon. Tapi korang yang nak pergi rumah dia nak maki hamun or etc. Baik korang datang rumah aku, pergi kedai aku. Makan minum kat situ, untung jugak kat aku kan.

Bagi aku, malas nak komen banyak pasal adik kita ni memandangkan majoriti rakyat Malaysia dah banyak komen. Aku tak nak tambah dosa. Korang judge la sendiri ye. Tapi always think positive, anyway that is what my dad always told me. Hidup kita tak sempurna dan takkan sempurna, so cermin dulu kelemahan diri kita sebelum tengok kelemahan orang. Aku mengaku aku pun ada kelemahan kan, tapi tak baik bukak aib sendiri. So, hell no aku akan cerita kelemahan aku. hehe. 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...