Faiz Perspective

WHENEVER WE FAILS TO DO SOMETHING,THOUGHT, THAT IF SUCCESS IS 100 STEPS AWAY FROM US.
THEN WE SHOULD BE HAPPY THAT NOW WE HAVE TO TAKE ONLY 99 STEPS MORE.

Sunday, September 18, 2011

Hafal Maksud Al-Fatihah Guna Cara Aku




Assalamualaikum

Hello muslimin dan muslimah.

Memandangkan aku masih cuti dan aku masih berseorangan dalam bilik, aku nak buat la satu post yang insyaAllah boleh tambah saham pahala aku. As far as I know la, sebenar nya ramai yang ingat-ingat lupa maksud Al-Fatihah ni. Betul tak? Mungkin bukan korang, tapi kawan-kawan korang ke. So korang boleh la tunjuk pandai ajar orang lain.


Okay, cara aku senang bagi aku tapi tak tahu kalau korang ada cara lagi senang, boleh la share kalau ada. "Kalau ada la". Cara aku, aku hafal certain-certain kalimah yang ada dalam setiap ayat surah pembukaan ni and then aku relate kan dengan maksud nya. Kalau terang macam ni memang la tak faham kan. Okay :-
____________________________________________________
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah , the Entirely Merciful, the Especially Merciful.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Yang ni mesti korang dah hafal kan. Bagus.
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
[All] praise is [due] to Allah , Lord of the worlds -
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mentadbirkan seluruh alam.

Maksud Alhamdulillah pun mesti korang dah tau kan. Bagus. Tambahan nya yang mentadbir sekalian alam. Kan dalam ayat pertama tu ada “Rabbil Alamin”. So ingat la alam. Settle
الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
The Entirely Merciful, the Especially Merciful,
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Sama macam basmalah kat atas tadi kan. Boleh kan. Bagus.
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Sovereign of the Day of Recompense.
Yang Menguasai hari Pembalasan (hari Akhirat).

Kata kunci nya Malik.  So ingat Malik, ingat malaikat Malik, ingat neraka, ingat hari pembalasan. Done.
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
It is You we worship and You we ask for help.
Pada Engkau-lah kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Kalau yang ni bila korang baca ada dua kali “Iyya-ka”. So means ingat maksud yang ada ulang 2 kali ayat nya – (kepada Engkau-lah). Aku ingat macam tu je.
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
Guide us to the straight path -
Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Takkan la korang tak pernah dengan Siratol Mustaqim = Jalan yang lurus. So tahu la maksud nya.
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
The path of those upon whom You have bestowed favor, not of those who have evoked [Your] anger or of those who are astray.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Okay yang ni kena pulun sikit.

Mula-mula ingat Sirat = jalan dan An’amta = nikmat. Lepas tu kalau dah mula-mula nak jalan orang 
yang diberi nikmat. Then hafal je la tak nak jalan orang dimurkai dan sesat.

p/s : Yang mana warna oren tu adalah kata kunci yang sekurang-kurang nya korang pakai untuk menghafal.
___________________________________

Baiklah, korang dah tahu cara aku hafal. Waktu aku hafal ni aku nak cepat so aku taram la cara ni, berkesan lak, Alhamdulillah la. Mungkin ada yang cakap aku tiru cara korang, aku akan cakap kebetulan, sebab ni memang 100% aku terfikir sendiri, aku tahu memang pelik kan. Pelik la baru senang nak hafal, kalau benda yang sama je tak bosan ke. Mungkin jugak korang dah complain dan komen-komen dengan cara aku hafal. Aku kisah apa, janji aku hafal, kau hafal? 
Bagi aku sepatutnya semua orang Islam dah lama hafal maksud Al-Fatihah ni sebab nya dalam setiap solat tak kira la wwajib ke sunat memang wajib ada bacaan Al-Fatihah kan. So, with this way of learning, bila korang dah hafal maksud Al-Fatihah. InsyaAllah korang akan lebih khusyuk sebab korang faham maksud nya, bukan nya baca macam tu je. Okay? Ada faham. Kalau faham cepat pergi hafal ! 

Thursday, September 15, 2011

True Story : USM Lekat Di Hati

Assalamualaikum


Hello boys and ..... girls.

Suasana sunyi tatkala aku ditinggal kan berseorangan dalam bilik ini. Aku dibelenggu perasaan kesepian. Pehh. Namun demikian, hal ini memberikan aku sedikit slot masa untuk menghadap blog yang dah lama sepi. Perghhh. Actually room mates aku 2 orang dah pon balik, mentang-mentang la cuti 3 hari and rumah korang dekat. Untung la. But its okay for me, kata mahasiswa, so kena la berdikari kan. HAHA.

For those yang maybe-maybe la tak tahu lagi aku sekarang dah dinobatkan sebagai mahasiswa USM. Okay. Aku tau korang dapat U yang lagi grand. Yang penting korang dapat ke USM. Lolz. Aku daftar dekat u ni tanggal 6 September, so that means aku dah ada dekat sini about 2 weeks la lebih kurang. And aku boleh dikatakan agak serasi dengan Kampus Kejuruteraan ni. For your information, USM ada 3 kampus, kat Penang(Induk), kat Nibong Tebal(Kejuruterann), and kat Kelantan(Kesihatan).


Satu minggu dah pun berlalu dengan Minggu Siswa Lestari or short form nya minggu orientasi. At all memang best la sebab nya masa aku dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti menarik, yela kalau nak compare aku duduk rumah haram nak ada aktiviti sangat. HAHA. But then this week aku dah mula la belajar sikit-sikit sebab nya bukan semua kuliah dah ada. Kejap lagi tengok lecturer ni ada clash kelas dengan skool lain la, lecturer belum dapat apa yang nak diajar lagi, dll. Kena la postpone dulu semangat belajar yang tengah berkobar-kobar ni.

*Skool tu kira kos la, macam aku skool awam. Universiti mesti la nama nak grand. Pehh.


For now aku stay dekat USM ni dah beberapa lecturer yang aku dah jumpa. Or specifically yang sepatut nya aku panggil mereka-mereka ialah Prof and Dr. So based on a few lecturer (dalam blog tak apa) yang aku dah jumpa ni diorang memang sangat bangat berpengalaman dalam mengajar ni so aku pun rasa agak la berbesar hati nak belajar kat sini sebab lecturer sini semua nya bagus-bagus belaka. Sorry to say but ada la a few yang susah sikit  nak faham sebab nya lecturer tu tak pandai bahasa Melayu. Lolz. Ada yang dari negara lain, so memang serabut la otak kan. Nak kena multitasking sambil faham subjek kena faham english pulak. Nama pun mahasiswa kan. Life must go on.


Actually bersepah-sepah lagi perkara yang aku nak cerita, tapi biar dulu la, baru saspens sikit, esok lusa baru update.
Tapi yang penting sekarang ni aku dah berseorangan dalam bilik, so tak ada la yang nak teman aku dalam bilik ni kecuali lappy tercinta lagi tersayang ni. Takkan tak ada orang yang nak teman aku. Anybody ?

Wednesday, August 10, 2011

Tarawikh : 20 Rakaat VS 8 Rakaat

Assalamualaikum.

Apa khabar muslimin dan mukminin serta muslimat.

Sedar tak sedar hari ni 9 Ogos, dah 9 hari kita berpuasa di bulan mulia ni. Sepatut nya kita dah boleh menilai segala amalan kita sepanjang 9 hari ni, sama ada lebih baik dari Ramadhan sebelum ni atau pun tidak.


This time aku nak berbicara tentang topik yang aku terfikir nak share. Tentang amalan sunat yang hanya ada di bulan Ramadhan sahaja. Solat sunat tarawikh.
Ada yang buat 20 rakaat dan ramai yang buat 8 rakaat. Bukan nya bermakna tak boleh solat 8 rakaat, at least lebih baik dari tak solat langsung kan. Sebab tu kita jangan nak pertikaikan ibadah orang lain. Cukup lah kita yang iman lemah ni jaga diri kita sendiri. Muhasabah diri kita sahaja dah mencukupi kan.


"Rasulullah dulu pun buat 8 rakaat kan"

Okay, memang Rasulullah pernah solat lapan rakaat. Tapi pernah tak kita nilai solat tarawikh nya bagaimana. Solat Rasulullah hingga bengkak-bengkak kaki nya. Lagi satu dalam lapan rakaat baginda boleh habis 30 juzuk. Kita ni di zaman moden ni pun dalam air-cond, bersejadah tebal sampai sesak nafas sujud, 20 rakaat pon tak confirm boleh habis 1 juzuk kan. HEHE. Termasuklah aku.

Tetapi ! Kalau tarawikh 8 rakaat berserta dengan kuliah adalah lebih afdhal kerana korang pun tahu kan yang amalan sunat dalam bulan selain Ramadhan, bila tiba bulan Ramadhan amalan sunat tu akan dapat ganjaran amalan wajib. So, lebih afdhal la kan daripada tarawikh 20 rakaat yang hanya dapat ganjaran sunat. Tapi kalau tak ada kuliah dan ada kesempatan untuk buat 20 rakaat, teruskan lah. Jangan lah sia-sia kan waktu yang ada di mana syaitan dibelenggu. Jangan lah kita sendiri yang jadi syaitan bertopeng kan manusia.


Formula 3 M

M pertama
Mulakan sedikit demi sedikit.
Semua benda kalau kita nak buat lebih baik sikit-sikit sebab nya dalam hadis ada menyata kan amalan yang sedikit tapi berterusan lebih baik daripada amalan yang besar tetapi hanya sementara. Tetapi walaupun amalan yang sedikit, dapat menjaga iman kita setiap hari. Kalau amalan tak berterusan? ...
Walaupun mulakan sikit-sikit, tapi semakin hari kita cuba lah menggandakan amalan tu sedikit demi sedikit.

M kedua
Mulakan dengan diri sendiri.
Macam yang aku cakap sebelum ni, kita ni iman masih lemah. Seelok nya kita tarbiah diri kita sendiri sahaja. Lagi-lagi dalm bulan tarbiah ni kan. Kita tak mampu nak tarbiah orang lain, kita tarbiah lah diri kita sendiri, dakwah diri kita. Mudah kan, tak perlu nak yakin kan orang. Kita cuma perlu muhasabah diri je.

M ketiga
Mulakan hari ini.
Haa, ini la perlu ada pada semua. Apa pun yang kita dapat ilmu, kita mulakan hari ni, mulakan sekarang. Sebab nya mungkin nyawa kita tak sempat sampai di saat kita nak buat sesuatu amalan tu. Satu lagi iman manusia kan naik turun, so buatlah keputusan di saat iman kita masih tinggi.

Jazakallah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...