Faiz Perspective

WHENEVER WE FAILS TO DO SOMETHING,THOUGHT, THAT IF SUCCESS IS 100 STEPS AWAY FROM US.
THEN WE SHOULD BE HAPPY THAT NOW WE HAVE TO TAKE ONLY 99 STEPS MORE.

Friday, April 13, 2012

Masjid Putra, Putrajaya.

Assalamualaikum.


Memang tersergam indah.
Tetapi jangan lah kita cuma sekadar melihat keindahan nya tanpa cuba memperbaiki diri.
# Mengingatkan penulis dan juga pembaca.

Nilai La Sendiri Mengikut Akal Masing²


Assalamualaikum. 



1. Masa couple, sebelum berpisah, si awek akan salam si pakwe. Siap cium tangan lagi, konon-kononnya nak jadi isteri yang solehah. Lepas kahwin beranak-pinak, si suami nak pergi kerja, si isteri tak salam cium tangan suami pun.

2. Masa couple, si awek kalau nak keluar pergi mana-mana kena minta kebenaran si pakwe dulu. Kalau si pakwe tak bagi, tak keluar. Konon-kononnya derhaka la kalau ingkar. Abis tu, dengan mak bapak boleh plak derhaka? Lepas kahwin beranak-pinak, si isteri dah tak mintak pun kebenaran suami nak keluar.

3. Masa couple, pakai tudung sebab nak tutup aurat. Tak nak bagi orang lain nampak rambut. Bila berwebcam ataupun hantar gambar kat pakwe, tak cover pun rambut dan aurat. Kononnya, nanti dia nak jadi suami jugak. Jadi halal jugak nanti. Kononnya, semuanya untuk abang sayang seorang.

4. Bila couple, masa dating si awek terpaksa bagi si pakwe pegang tangan, pegang pinggul, cium-cium sikit. Bukti cinta kononnya. Sanggup berkorban jiwa, raga dan dara. Takut kalau tak bagi, si pakwe tinggal cari orang lain. Bila dah kahwin beranak-pinak, dah tak berpegangan tangan lagi dah. Dah tak rasa apa-apa lagi lepas kahwin. Si suami minta dilayan, ditolak mentah-mentah. Dosa woo siksa batin.

5. Masa couple, bila melepak dengan kawan-kawan, semua sibuk cerita kehebatan pakwe masing-masing. Bila dah kahwin beranak-pinak, bila berborak dengan kawan-kawan, semua sibuk cerita keburukan dan kekurangan suami masing-masing.

6. Masa couple, si pakwe cakap itu, si makwe pun ikut je. Konon-kononnya nak jadi suami yang tegas la nanti. Bila dah kahwin beranak-pinak, si isteri jadi queen control. Si suami ikut je telunjuk si isteri. Si suami berdosa sebab dayus, si isteri berdosa sebab control suami. Mana taat setia sebelum kahwin dulu, wahai perempuan? Mana sifat tegas dan kepimpinan sebelum kahwin dulu, wahai lelaki?

Jangan bazirkan perasaan pada yang bukan pasti milik kita, jagalah diri dan simpan untuk yang sah sahaja.

Credit: Diarihati. com

Thursday, April 12, 2012

Girls Sangat Cepat Berubah Fikiran

Assalamualaikum.


Girls !
Are you agree with me.
Boys of course kan =)

Tuesday, April 10, 2012

Inilah Akibat Tamak


So, jangan lah tamak ye :)

Friday, February 17, 2012

Facebook Faker vs Real Facebooker

Assalamualaikum

Hello Facebook user sekalian. Tipu kalau cakap tak ada facebook kan.

Nowadays, kita sendiri boleh tengok dengan mata kepala kita sendiri yang makin hari makin ramai yang suka buat satu fake profile, sometimes lebih.

Majoriti orang buat benda selekeh ni ada 5 sebab 
1. Jealous, nak jatuh kan maruah saingan nya.
2. Tak cukup kasih sayang, Nak dapat publisiti macam orang yang dia fake kan profile, macam artis.
3. Nak mendajal kan orang lain.
4. Suka-suka.
5. Suka-suki


Sory sebab gambar ni gedabak sangat, xmuat blog aku, kalau kecilkan, kecik sangat pulak. Janji korang boleh tengok kan. Kalau macam gambar ni muat la kalau nak letak dekat blog aku. Kalau tak boleh jugak, sila lah main-main dengan zoom in dan zoom out tu ye.

See you faker face, ada yang terasa tak. HAHA. Sory, but even my friends pon ada buat kerja tak berfaedah ni, aku tak. Serious.

Korang ada pengalaman buat fake profile. Mesti ada kan, tak cukup kasih sayang lettew. 

Thursday, February 16, 2012

Video - Video Parody Melayu Kita

Assalamualaikum.

Hello boboi and baby gegirl sekelian.

Baru ni aku layan video clip lagu-lagu latest kat youtube, and then tengah-tengah best layan terfikir plak lagu "Move Like Jagger". Search. Play. Head banging. And then after that jumpa video kat bawah ni.

Ada Lembu Nak Jaga
Tengok dulu baru baca ni. 
But i bet mostly korang dah tengok video ni kan. Yeah, lelaki memang kreatif, mesti tu yang korang fikir kan. Kan. Kan.

Bukan tu sahaja, ada lagi banyak video-video parody contoh nya macam :


Video ni daripada lagu Cinta Muka Buku, MY Najwa Latif punya lagu. 
Kalau korang perasan video-video parody ni selalu nya di buat pada lagu-lagu yang tengah top for that season. Banyak lagi kalau korang search kat youtube tu.

Tapi korang tahu tak apa sebenarnya maksud "parody" tu. 

Atas pertolongan wikipedia, dan google translate.

Parodi merupakan kerja peniruan yang dicipta untuk mempermainkan, komen,atau trivialize kerja-kerja asal, tertakluk, penulis, gaya, atau beberapa sasaran lain,melalui tiruan lucu, secara menyindir atau ironis.

Aku terfikir la nak buat satu video parody cenggitu, tapi mesti aku nampak cam bangang kan dalam video. Wadda you think ?





Wednesday, February 15, 2012

Wordless Wednesday : Girls Are Made With Jealous

Assalamualaikum.



Girls sangat cepat jeles. Kan. Kan.

Monday, February 13, 2012

Bermulalah Karier Sebagai Photographer

Assalamualaikum.

Hello all foto maniac and maniac.

First of all, aku dah lama tak update sebab very busy dengan semester satu dekat USM. Result pun bakal keluar this tak lama lagi, 16 Feb. Aku tak boleh nak concern sangat dengan blog, because this kind of hobby boleh buat aku ketagih, internet kan. Bujang kan. Jangan fikir bukan-bukan.



Starting cuti sem aku 18 Jan aku balik rumah, a few days lepas tu aku ternampak iklan ada mamat foto maniac tengah ambil gambar. And then kebetulan mak aku ada kat situ. Spontaneously, aku cakap kat mak aku, "satu hari nanti faiz nak beli lah camera camtu, masa je yg akan menentukan segala nya". Mak aku diam je. At least aku dah buat goal setting, and i will one day achieve it.

Selang beberapa minggu lepas tu, mak aku panggil. "Nak tak kalau mak bagi faiz duit sikit, yg baki nya faiz keluar sendiri". You cant ever imagine my expression that moment. Bagai kucing lapar diberi whiskas. Memang pergh. Aku pon apa lagi, on sajaa.

This is my lovely 60D.
 <3
CANON EOS 60D
55mm lense



Baru je beli tadi dengan member abang aku. Nasib la kan ada abang yang ada member photographer. Bukan aku tak nak panggil member aku yg photographer. Ada je, but this guy, member abang aku, Syeikh Muzaphar kahwin dia one of the fotografer la, by knowing that, korang tau la level dia ada kat celah mana kan. Dia la yg rekemen kan aku beli this camera.

Nak tengok level aku, memang 0, zero. Aku baru nak belajar. Asal kan minat ada boleh jalan, abang aku cakap. Tunggu la lagi enam tujuh belas tahun. Tengok level aku kat mana pulak. Kalau aku ada lagi la.



Entry kali ni bukan bertujuan nak bangga-bangga. Nak riak-riak tak. Bukan macam those-those yang suka tayang semua apa jadah yang dia ada. I just want to share this happiness with others. Lagi pon blog aku, suka hati aku lah kan.

p/s : Harap-harap lepas ni blog penuh dengan gambar  pulak. ^^

Sunday, December 18, 2011

Angry Birds Life Version

Assalamualaikum.



Haha.
Ini lah burung-burung sebenar yang korang minat tu. Lepas ni boleh la pergi cari kalau nak bela.

Buat Kerja Step By Step La Kawan

Assalamualaikum.




Hye boys and little girls.


“Ketika aku muda, aku ingin mengubah seluruh dunia. Lalu aku sadari, betapa sulit mengubah seluruh dunia ini, lalu aku putuskan untuk mengubah negaraku saja. 
Ketika aku sadari bahwa aku tidak bisa mengubah negaraku, aku mulai berusaha mengubah kotaku. 
Ketika aku semakin tua, aku sadari tidak mudah mengubah kotaku. Maka aku mulai mengubah keluargaku. 
Kini aku semakin renta, aku pun tak bisa mengubah keluargaku. Aku sadari bahwa satu-satunya yang bisa aku ubah adalah diriku sendiri.” 
“Tiba-tiba aku tersadarkan bahwa bila saja aku bisa mengubah diriku sejak dahulu, aku pasti bisa mengubah keluargaku dan kotaku. Pada akhirnya aku akan mengubah negaraku dan aku pun bisa mengubah seluruh dunia ini.” 
Tidak ada yang bisa kita ubah sebelum kita mengubah diri sendiri.
Tak bisa kita mengubah diri sendiri sebelum mengenal diri sendiri.
Takkan kenal pada diri sendiri sebelum mampu menerima diri ini apa adanya…bahwa ENGKAU BERHARGA DI MATA TUHAN..!!! 
Kita belajar mencintai dan menghargai sesuatu yg tak sempurna dgn cara yg sempurna..!
Marilah kita mulai hari ini dengan sesuatu yg lebih baik dari kelmarin…
Tetap semangat…

Whatever you do, please dont ever give up. And try to do something smaller first rather than doing something big and then fail. And then you will give up. So start from down, and step by step you will reach the highest. 
Good luck. 
Good luck to me.


Punca : ID

Sunday, December 11, 2011

Anjakkan Paradigma Korang

Assalamualaikum


Tengok pun tahu ini ayat orang Kay-Ell kan. Tak semesti nya orang duduk negeri lain tak payah ubah percakapan korang. Sometimes lagi teruk pun ada. Kan kan?

Apa pun jangan sekadar baca. Sama-sama kita praktikkan.


Sumber : wanwma

Friday, December 9, 2011

Friendship Relationship. lol.

Assalamualaikum.

Just
Accept it









8+1 Fakta Cinta Nostalgia

Assalamualaikum.



Baru ni aku pergi dengar ceramah Imam Muda Asyraf bertajuk "Tranformasi Cinta". Wah, agak grand kan tajuk nya, but aku bukan nak cerita pasal tu, maybe next time i will.Wait for it. And that is why aku tertarik dengan kalimah cinta itu sendiri, so just nak share facts yang aku jumpa dalam twitter baru-baru ni.

  1. Dalam cinta tidak ada yg benar atau yg salah. Yang ada hanya yg mengerti dan memberi.
  2. Single bukan berarti kamu lemah, melainkan cukup kuat untuk menunggu dan mencari seseorang yang benar-benar layak untukmu.
  3. Lelaki beruntung saat ia menemukan cinta pertamanya. Namun wanita lebih beruntung saat ia menemukan cinta terakhirnya.
  4. Yang membuatmu sakit bukanlah kehilangan orangnya, tapi kenangan indah bersamanya
  5. Cinta itu bukan tentang jarak yg memisahkan... tapi tentang kepercayaan antara satu sama lain.
  6. Jgn unjuk lebihmu saja, tapi juga kurangmu untuk melihat apakah dia hanya suka lebihmu atau benar-benar cinta.
  7. Cinta mengajarkan kita tuk mengerti tentang waktu. Bagaimana kita harus ada disampingnya saat dia memerlukan kita.
  8. Kita hidup dengan apa yang kita dapatkan, dan kita membuat kehidupan dengan apa yang kita berikan
  9. Kerana masih di dunia, kebaikan boleh dibalas keburukan. Ikhlaslah dalam kebaikan kerana ada kehidupan lain setelah ini.



Sometimes facts ni based on experience masing-masing. Maybe someone said it is false. Just nak tanya.


Korang approve ke facts ni?


Anyone?






Punca : Fakta CINTA

Thursday, November 10, 2011

Family and Friends

Assalamualaikum.

Hello friends and strangers.

Hope all my readers dalam keadaan sihat la, sebab nya aku dah lama tak update blog. The reason is aku sekarang dah bergelar mahasiswa universiti. So tiada ruang-ruang kosong dalam jadual hidup aku untuk berblogging sangat, but facebook still ada masa.

Actually for this post aku nak cerita kan tentang kelebihan dan juga kekurangan family dan friends dalam hidup seseorang tu. Korang pun dah tahu kan dalam hidup kita juga perlukan kawan or sahabat selain daripada family by our side. Ini sebab nya bila kita berjauhan dengan keluarga, kawan kita adalah keluarga kedua kita. Pada kawan kita la kita nak mengadu masalah, minta pendapat dan tiru assignment.

Kalau nak cari keluarga for those yang study jauh-jauh macam aku ni memang susah la kan. So bila kita ada kawan, mereka-mereka ni la yang akan bantu kita, bagi semangat dekat kita supaya terus kan usaha and never ever give up in what we do. Dan dengan ada nya kawan la baru kita semangat nak study kan for example.

But, kita kena sedar juga sekuat mana, sedalam mana sekali pun persahabatan itu tak akan sama dengan keluarga kita. Maybe kita dah jumpa kawan susah senang bersama, but tak akan sama dengan susah senang dengan keluarga. Seriously, no one can replace our family. Itu satu je la ayah kita, tu satu je la mak kita, tu satu je la adik, abang, kakak kita. Senakal mana pun, kuat gosip ke, suka membebel ke, itu je la family yang kita ada.


Aku ada satu cerita seorang ni sangat penting kan kawan, sebab nya selalu sangat pergi aktiviti sana-sini. And dengan keluarga dah kurang, jarang keluar sekali, jarang makan sekali, jarang lah kan. But then bila kawan kita seorang ni punya birthday. Kawan seorang pun tak ada bagi present, even wish pun tak ada. And then bila dah susah, sedih, cari family.
Sama juga bila tak ada duit, ada kawan nak bagi pinjam duit ? Mungkin ada tapi tak ramai.

Sebab tu aku nak pinjam ayat mamat dalam cerita Hantu Bonceng tu, "Tak ramai yang ada kawan menangis, tapi ramai ada kawan bergelak." So cari la kawan menangis korang okay. And never ignore your family. Peace yaww.


Tuesday, October 18, 2011

Review : Top 5 Negara Kuat Merokok


Assalamualaikum.


Hello smokers and non-smokers.



Baru-baru ini, dah lama juga lah actually, aku blogwalking dekat blog Sharing Knowledge, and then aku terjumpa satu post tentang rokok. Aku pun cadang nak buat komentari sikit la kan. Post ni dah lama aku nak buat, tapi biar terperuk je dalam draft.lol.


Rupa-rupanya negara kecil seperti Jepun sangat kuat merokok sehingga mengalahkan Amerika Syarikat (yang penduduknya lebih daripada 300 juta), Indonesia (220 juta), dan Rusia (140 juta). Tidak ketinggalan juga China merebut kedudukan pertama. Perbezaan antara kelima-lima negara ini sudah terlalu jauh.
Kerajaan Jepun juga sudah menggalakkan gerakan anti-merokok kerana amat membimbangkan dengan pemuda pada zaman sekarang yang tidak akan dapat hidup lebih dari 70 tahun disebabkan pengaruh gaya hidup.
Sedangkan pemerintah Indonesia membimbangkan syarikat pembuatan rokoknya tidak akan dapat bertahan lebih 70 tahun kerana pengaruh tekanan dunia.


Actually apa yang sebenar nya aku nak cuba sampai kan dekat sini ialah aku tak nak one day nanti bila research dibuat sekali lagi and then Malaysia akan secara tiba-tiba jadi antara negara yang top kuat merokok. Dan penyumbang nya adalah lain tak bukan kawan-kawan aku sendiri la.

Aku kalau boleh nak suruh semua smokers out there berhenti terus dari merokok sebab rokok tu sendiri membahaya kan diorang kan. Dan juga kami yang innocent ni. Tapi aku fikir kan cara untuk menegur bukan nya secara terus, means tak boleh cakap-cakap and hoping that the smoker akan berhenti. Korang pun mesti lah dah banyak tengok dekat Facebook ramai orang post dalam rokok ada macam-macam kandungan yang "pelik" kan. Benda ni kena smoker itu sendiri yang realize that thing yang sebenar nya apa yang diorang buat tu salah.





Baru-baru ni ada masuk akhbar kalau tak silap aku. Said that "Lelaki Macho Tak Hisap Rokok", something macam tu lah. Sebab nya macho apa kalau bagi penyakit dekat orang kan. Pembunuh ada la kalau macam tu.

Aku tahu nak berhenti rokok ni bukan mudah, sebab nya dekat sini aku nak mengaku yang aku once a smoker, but now i'm innocent okay. Dah tinggal semua tu. So aku tahu lah macam mana susah nya nak berhenti rokok ni. Mungkin korang cakap aku baru je hisap rokok, tu yang senang nak berhenti. Baru ni aku borak dengan seorang driver teksi, tengok muka ada la 40 something. Dia cakap dia cuba berhenti rokok within 6 month la lebih kurang kalau tak silap.

Cara nya dengan kurang kan dos rokok yang dia ambil. Contoh nya kalau biasa sehari 2 kotak, kurang kan satu 1/2, and then sehari sekotak. Lepas tu cuba la kurang kan dos rokok yang korang ambil week by week or monthly kalau susah sangat. Dan at last korang akan berakhir dengan satu batang rokok then pufff, korang dah berhenti rokok. Cuba lah selagi masih sempat, banyak duit boleh jimat. Concern kan aku.




So, as the conclusion aku kat sini hoping that makin ramai yang akan berhenti rokok terutama nya orang yang dekat dengan aku lah, orang-orang yang aku sayang. So kalau korang nak orang yang korang sayang bahagia, berhenti la merokok okay. Lagi satu ingat guys yang macho adalah guys yang tak hisap rokok. Aku tak hisap rokok. 

Monday, October 17, 2011

Nocturnality. lol.

Assalamualaikum.

Hello tidur lewat study boys and tidur lewat gossip girls.

Malas nak menaip, just follow je gambar-gambar ni okay my beloved reader and digest it.


12.30 a.m.

 1.30 a.m.      

 2.30 a.m.  
Keesokan paginya. lol

Sunday, September 18, 2011

Hafal Maksud Al-Fatihah Guna Cara Aku




Assalamualaikum

Hello muslimin dan muslimah.

Memandangkan aku masih cuti dan aku masih berseorangan dalam bilik, aku nak buat la satu post yang insyaAllah boleh tambah saham pahala aku. As far as I know la, sebenar nya ramai yang ingat-ingat lupa maksud Al-Fatihah ni. Betul tak? Mungkin bukan korang, tapi kawan-kawan korang ke. So korang boleh la tunjuk pandai ajar orang lain.


Okay, cara aku senang bagi aku tapi tak tahu kalau korang ada cara lagi senang, boleh la share kalau ada. "Kalau ada la". Cara aku, aku hafal certain-certain kalimah yang ada dalam setiap ayat surah pembukaan ni and then aku relate kan dengan maksud nya. Kalau terang macam ni memang la tak faham kan. Okay :-
____________________________________________________
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َٰÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ
In the name of Allah , the Entirely Merciful, the Especially Merciful.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Yang ni mesti korang dah hafal kan. Bagus.
الْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ الْعَالَÙ…ِينَ
[All] praise is [due] to Allah , Lord of the worlds -
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mentadbirkan seluruh alam.

Maksud Alhamdulillah pun mesti korang dah tau kan. Bagus. Tambahan nya yang mentadbir sekalian alam. Kan dalam ayat pertama tu ada “Rabbil Alamin”. So ingat la alam. Settle
الرَّØ­ْÙ…َٰÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ
The Entirely Merciful, the Especially Merciful,
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Sama macam basmalah kat atas tadi kan. Boleh kan. Bagus.
Ù…َالِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ الدِّينِ
Sovereign of the Day of Recompense.
Yang Menguasai hari Pembalasan (hari Akhirat).

Kata kunci nya Malik.  So ingat Malik, ingat malaikat Malik, ingat neraka, ingat hari pembalasan. Done.
Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ
It is You we worship and You we ask for help.
Pada Engkau-lah kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Kalau yang ni bila korang baca ada dua kali “Iyya-ka”. So means ingat maksud yang ada ulang 2 kali ayat nya – (kepada Engkau-lah). Aku ingat macam tu je.
اهْدِÙ†َا الصِّرَاطَ الْÙ…ُسْتَÙ‚ِيمَ
Guide us to the straight path -
Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Takkan la korang tak pernah dengan Siratol Mustaqim = Jalan yang lurus. So tahu la maksud nya.
صِرَاطَ الَّذِينَ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ غَÙŠْرِ الْÙ…َغْضُوبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ ÙˆَÙ„َا الضَّالِّينَ
The path of those upon whom You have bestowed favor, not of those who have evoked [Your] anger or of those who are astray.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Okay yang ni kena pulun sikit.

Mula-mula ingat Sirat = jalan dan An’amta = nikmat. Lepas tu kalau dah mula-mula nak jalan orang 
yang diberi nikmat. Then hafal je la tak nak jalan orang dimurkai dan sesat.

p/s : Yang mana warna oren tu adalah kata kunci yang sekurang-kurang nya korang pakai untuk menghafal.
___________________________________

Baiklah, korang dah tahu cara aku hafal. Waktu aku hafal ni aku nak cepat so aku taram la cara ni, berkesan lak, Alhamdulillah la. Mungkin ada yang cakap aku tiru cara korang, aku akan cakap kebetulan, sebab ni memang 100% aku terfikir sendiri, aku tahu memang pelik kan. Pelik la baru senang nak hafal, kalau benda yang sama je tak bosan ke. Mungkin jugak korang dah complain dan komen-komen dengan cara aku hafal. Aku kisah apa, janji aku hafal, kau hafal? 
Bagi aku sepatutnya semua orang Islam dah lama hafal maksud Al-Fatihah ni sebab nya dalam setiap solat tak kira la wwajib ke sunat memang wajib ada bacaan Al-Fatihah kan. So, with this way of learning, bila korang dah hafal maksud Al-Fatihah. InsyaAllah korang akan lebih khusyuk sebab korang faham maksud nya, bukan nya baca macam tu je. Okay? Ada faham. Kalau faham cepat pergi hafal ! 

Thursday, September 15, 2011

True Story : USM Lekat Di Hati

Assalamualaikum


Hello boys and ..... girls.

Suasana sunyi tatkala aku ditinggal kan berseorangan dalam bilik ini. Aku dibelenggu perasaan kesepian. Pehh. Namun demikian, hal ini memberikan aku sedikit slot masa untuk menghadap blog yang dah lama sepi. Perghhh. Actually room mates aku 2 orang dah pon balik, mentang-mentang la cuti 3 hari and rumah korang dekat. Untung la. But its okay for me, kata mahasiswa, so kena la berdikari kan. HAHA.

For those yang maybe-maybe la tak tahu lagi aku sekarang dah dinobatkan sebagai mahasiswa USM. Okay. Aku tau korang dapat U yang lagi grand. Yang penting korang dapat ke USM. Lolz. Aku daftar dekat u ni tanggal 6 September, so that means aku dah ada dekat sini about 2 weeks la lebih kurang. And aku boleh dikatakan agak serasi dengan Kampus Kejuruteraan ni. For your information, USM ada 3 kampus, kat Penang(Induk), kat Nibong Tebal(Kejuruterann), and kat Kelantan(Kesihatan).


Satu minggu dah pun berlalu dengan Minggu Siswa Lestari or short form nya minggu orientasi. At all memang best la sebab nya masa aku dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti menarik, yela kalau nak compare aku duduk rumah haram nak ada aktiviti sangat. HAHA. But then this week aku dah mula la belajar sikit-sikit sebab nya bukan semua kuliah dah ada. Kejap lagi tengok lecturer ni ada clash kelas dengan skool lain la, lecturer belum dapat apa yang nak diajar lagi, dll. Kena la postpone dulu semangat belajar yang tengah berkobar-kobar ni.

*Skool tu kira kos la, macam aku skool awam. Universiti mesti la nama nak grand. Pehh.


For now aku stay dekat USM ni dah beberapa lecturer yang aku dah jumpa. Or specifically yang sepatut nya aku panggil mereka-mereka ialah Prof and Dr. So based on a few lecturer (dalam blog tak apa) yang aku dah jumpa ni diorang memang sangat bangat berpengalaman dalam mengajar ni so aku pun rasa agak la berbesar hati nak belajar kat sini sebab lecturer sini semua nya bagus-bagus belaka. Sorry to say but ada la a few yang susah sikit  nak faham sebab nya lecturer tu tak pandai bahasa Melayu. Lolz. Ada yang dari negara lain, so memang serabut la otak kan. Nak kena multitasking sambil faham subjek kena faham english pulak. Nama pun mahasiswa kan. Life must go on.


Actually bersepah-sepah lagi perkara yang aku nak cerita, tapi biar dulu la, baru saspens sikit, esok lusa baru update.
Tapi yang penting sekarang ni aku dah berseorangan dalam bilik, so tak ada la yang nak teman aku dalam bilik ni kecuali lappy tercinta lagi tersayang ni. Takkan tak ada orang yang nak teman aku. Anybody ?

Wednesday, August 10, 2011

Tarawikh : 20 Rakaat VS 8 Rakaat

Assalamualaikum.

Apa khabar muslimin dan mukminin serta muslimat.

Sedar tak sedar hari ni 9 Ogos, dah 9 hari kita berpuasa di bulan mulia ni. Sepatut nya kita dah boleh menilai segala amalan kita sepanjang 9 hari ni, sama ada lebih baik dari Ramadhan sebelum ni atau pun tidak.


This time aku nak berbicara tentang topik yang aku terfikir nak share. Tentang amalan sunat yang hanya ada di bulan Ramadhan sahaja. Solat sunat tarawikh.
Ada yang buat 20 rakaat dan ramai yang buat 8 rakaat. Bukan nya bermakna tak boleh solat 8 rakaat, at least lebih baik dari tak solat langsung kan. Sebab tu kita jangan nak pertikaikan ibadah orang lain. Cukup lah kita yang iman lemah ni jaga diri kita sendiri. Muhasabah diri kita sahaja dah mencukupi kan.


"Rasulullah dulu pun buat 8 rakaat kan"

Okay, memang Rasulullah pernah solat lapan rakaat. Tapi pernah tak kita nilai solat tarawikh nya bagaimana. Solat Rasulullah hingga bengkak-bengkak kaki nya. Lagi satu dalam lapan rakaat baginda boleh habis 30 juzuk. Kita ni di zaman moden ni pun dalam air-cond, bersejadah tebal sampai sesak nafas sujud, 20 rakaat pon tak confirm boleh habis 1 juzuk kan. HEHE. Termasuklah aku.

Tetapi ! Kalau tarawikh 8 rakaat berserta dengan kuliah adalah lebih afdhal kerana korang pun tahu kan yang amalan sunat dalam bulan selain Ramadhan, bila tiba bulan Ramadhan amalan sunat tu akan dapat ganjaran amalan wajib. So, lebih afdhal la kan daripada tarawikh 20 rakaat yang hanya dapat ganjaran sunat. Tapi kalau tak ada kuliah dan ada kesempatan untuk buat 20 rakaat, teruskan lah. Jangan lah sia-sia kan waktu yang ada di mana syaitan dibelenggu. Jangan lah kita sendiri yang jadi syaitan bertopeng kan manusia.


Formula 3 M

M pertama
Mulakan sedikit demi sedikit.
Semua benda kalau kita nak buat lebih baik sikit-sikit sebab nya dalam hadis ada menyata kan amalan yang sedikit tapi berterusan lebih baik daripada amalan yang besar tetapi hanya sementara. Tetapi walaupun amalan yang sedikit, dapat menjaga iman kita setiap hari. Kalau amalan tak berterusan? ...
Walaupun mulakan sikit-sikit, tapi semakin hari kita cuba lah menggandakan amalan tu sedikit demi sedikit.

M kedua
Mulakan dengan diri sendiri.
Macam yang aku cakap sebelum ni, kita ni iman masih lemah. Seelok nya kita tarbiah diri kita sendiri sahaja. Lagi-lagi dalm bulan tarbiah ni kan. Kita tak mampu nak tarbiah orang lain, kita tarbiah lah diri kita sendiri, dakwah diri kita. Mudah kan, tak perlu nak yakin kan orang. Kita cuma perlu muhasabah diri je.

M ketiga
Mulakan hari ini.
Haa, ini la perlu ada pada semua. Apa pun yang kita dapat ilmu, kita mulakan hari ni, mulakan sekarang. Sebab nya mungkin nyawa kita tak sempat sampai di saat kita nak buat sesuatu amalan tu. Satu lagi iman manusia kan naik turun, so buatlah keputusan di saat iman kita masih tinggi.

Jazakallah.

Saturday, August 6, 2011

Apa Yang Hampa Cari Dalam Bulan Ramadhan

Assalamualaikum.


Hello readers and followers.

Memandangkan yang aku rasa ada juga la yang menanti aku punya post baru, so demi peminat-peminat aku yang tak berapa ramai ni aku pon buat la jugak. Bukan terpaksa okay, sukarela. Tak tipu.

Back to the topic, okay. Actually kan apa yang hampa cari dalam bulan mulia ni, bulan Ramadhan. Adakah sebab roti john yang hanya ada dekat bazaar Ramadhan Puchong, sebab dapat kuih-muih free dekat surau masa berbuka, moreh mantap dekat masjid, atau pun segala nikmat dan berkat dalam bulan ni.


Dalam bulan Ramadhan ada banyak kelebihan dan fadhilat nya tersendiri, contoh nya segala amalan sunat dapat ganjaran fardhu, apakan pula amalan fardhu kan, berlipat-lipat la kegandaan pahala nya kan.
Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda.
So hampa dalam bulan puasa ni jangan la nak malas-malas okay. Bayang kan, even kalau tidur pun satu ibadat kan. Apa lagi kalau berjaga dan berbuat amal kebaikan.
Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)


Selain itu jugak, kita sepatutnya bersyukur tau sebab nya kita lahir dalam umat Nabi Muhammad SAW. Sedang kan nabi terdahulu pun ada yang minta agar dapat jadi umat nabi kita. Banyak kelebihan nya, and antara kelebihan nya ada dalam bulan mulia ni.
Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
  • Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
  • Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
  • Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
  • Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
  • Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
See, mulut bau stokin sekali pun kalau ikhlas puasa kerana Allah semata-mata, lebih harum dari kasturi di sisi Allah. Sebenar nya memang bayak kelebihan dan manfaat di bulan puasa ni. Baru-baru ni dekat surau, imam cakap kalau seboleh-boleh nya setiap kali masuk dalam surau or masjid jangan la tak pernah nak sedeqah. Banyak kelebihan nya what. Tak percaya apa yang aku cakap, lihat bawah.
"Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
"Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith) 


And lastly, last but not least malam yang sangat dinantikan dalam bulan Ramadhan ni. Malam ni lebih baik daripada seribu bulan. Cuba hampa bayangkan solat sunat dapat satu pahala (contoh semata-mata) solat dalam bulan puasa amalan sunat dapat ganjaran fardhu, dapat pulak malam seribu bulan ni. Berapa puluh ribu kali ganda yang dah dilipat-lipat kali ganda-gandakan. Tapi malam ni adalah rahsia, kita kena cari sendiri malam ni, dan ramai yang kata malam ni pada 10 malam terakhir Ramadhan. Ini lah malam Lailatul Qadar.

Somebody is leaving just for you muslims, take this chance.

For those yang tak puasa tu (perempuan), tak kisah la tapi jangan makan depan lelaki okay. Tergugat iman kami. And satu lagi jaga lah aurat masing-masing ye. Dan cari la fadhilat Ramadhan okay, bukan roti john Puchong.

Source
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...